Sosioekomoni Dan Keusahawanan

Homemade Delivery Express

Pn. Noorsriyannah merupakan seorang surirumahtangga. Beliau suka memasak dan mempunyai bakat dalam bidang kulinari dan kuih muih. Biasanya beliau akan memasarkan produknya di hadapan sekolah sahaja ketika musim persekolahan sehinggalah beliau mengalami kesulitan dan tidak lagi menyambung perusahaannya. Namun, beliau bertemu dengan kakitangan PI1M yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang perniagaan dalam talian (online).

Selain itu, beliau mula mempromosikan perniagaannya melalui Facebook Page Home Made Xpress Delivery. Kini, perniagaan beliau kembali beroperasi dengan ada nya permintaan catering dan penghantaran makanan yang ditempah melalui dalam talian iaitu WhatsApp dan Facebook.


Perniagaan Merikan Canopy

Beliau merupakan Penolong Pengurus PI1M Kg Taee. Sebelum ini, beliau menjadi sukarelawan PI1M dan dari situlah beliau mendapat idea untuk memasarkan perniagaan keluarganya iaitu Sewaan Kanopi dan Catering. Beliau berpeluang menjalankan perniagaan atas talian ini kerana merasakan ianya mudah dan cepat diuruskan. Melalui Pusat Internet 1Malaysia, beliau dapat menajamkan kemahiran dan belajar membuat facebook page dan memasarkan perniagaan keluarga beliau. Selain itu, beliau dapat belajar menggunkan aplikasi computer untuk membuat poster dan iklan yang lebih interaktif dan menarik

Pada mulanya, beliau hanya memasarkan iklan & notis perniagaan di kampung-kampung dan memberitahu dari mulut ke mulut (lisan). Pada awal perniagaan, mereka hanya memberikan khidmat memasang khemah sahaja. Tetapi sekarang mereka telah membuat servis catering juga.


Perniagaan Ice cream Homemade & Ice cream Malaysia

Pn. Cynthia merupakan seorang surirumah. Beliau mempunyai sebuah perniagaan kecilkecilan dalam membuat Ais Krim Malaysia. Biasanya beliau akan memasarkan produknya di rumah dan di hadapan rumah beliau sahaja. Namun, beliau bertemu dengan kakitangan PI1M yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang perniagaan dalam talian (online) dan keusahawan.

Perniagan Puan Cyntia semakin dikenali ramai dan beliau juga sekarang telah membuat sendiri Ais Krim Homemade pelbagai perisa berbanding dahulu yang hanya diperolehi dengan membeli di Pasaraya besar. Daripada ini juga dapat menjimatkan kos belia beliau dan mendapat perolehan yang lumayan.


Puan Blina STG

Pn. Belina merupakan seorang surirumahtangga. Beliau suka memasak dan mempunyai bakat dalam bidang kulinari dan kuih muih. Biasanya beliau akan memasarkan produknya di hadapan rumah sahaja ketika musim persekolahan sehinggalah beliau mengalami kesulitan dan tidak lagi menyambung perusahaannya. Namun, beliau bertemu dengan kakitangan PI1M yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang perniagaan dalam talian (online).

Beliau memasarkan perniagaan beliau melalui facebook dan menerima tempahan melalui whatsapp di talian 0178858947.


Homemade Delivery Express

Pn. Sapindah bt Matasan merupakan seorang surirumahtangga. Beliau suka memasak dan mempunyai bakat dalam bidang kulinari dan kuih muih. Biasanya beliau akan memasarkan produknya di hadapan sekolah sahaja ketika musim persekolahan sehinggalah beliau mengalami kesulitan dan tidak lagi menyambung perusahaannya. Namun, beliau bertemu dengan kakitangan PI yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang perniagaan dalam talian (online).

Selain itu, beliau mula mempromosikan perniagaannya melalui WhatsApp. Kini, perniagaan beliau kembali beroperasi dengan ada nya permintaan catering dan penghantaran makanan yang ditempah melalui dalam talian iaitu WhatsApp dan Facebook.


Perniagaan PMY Collection

Puan Priscilla Micheal merupakan pengasas kepada PMY Collection. Beliau sangat aktif dalam bidang pembuatan kraftangan manik. Dengan tagline “Handmade with Love”, beliau sangat menitikberatkan soal kualiti dan kekemasan kraf. Sejak Pusat Internet menawarkan beliau untuk bekerjasama dalam penganjuran Kursus Keusahawanan, beliau sekarang mendapat lebih ramai pelajar dan pengikut di Instagram. Melalui Pusat Internet, beliau banyak bekerjasama menganjurkan kelas-kelas kepada peminat setia kraftangan Manik dan aksesori wanita. Sekiranya ingin menganjurkan kelas-kelas kraftangan manik, bolehlah menghubungi beliau di talian +60 19-844 2113 (Pn. Priscilla Micheal) atau sekiranya ingin melihat kraftangan beliau, boleh layari di Instagram Priscilla Micheal Official.