Komuniti
SEJARAH DAN ASAL USUL
Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo
Sejarah mengatakan bahawa Bidayuh-Bukar Sadung berasal darpada Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo walaupun tidak ada rekod bertulis sebagai bahan rujukan. Suku kaum Bukar berhijrah daripada Sungkung dan menetap di Mawang Rutoi, satu kawasan di Kampung Kujang Mawang hingga kini. Daripada penempatan pertama ini suku kaum Bukar meneruskan penghijrahan mereka dan akhirnya bertapak di Mawang Saddung, satu kawasan pergunungan yang dinamakan Banjaran Saddung di Kampung Lanchang yang masih dipelihara oleh penduduk Kampung Lanchang sehingga sekarang.
Mawang Sammu
Kampung Taee mula bertapak di lokasi sekarang bermula pada tahun 1862 setelah berpindah beberapa kali daripada tapak asal yang dinamakan Mawang Sammu.
MAKLUMAT KAMPUNG TAEE, SERIAN
Diwujudkan pada tahun 1902 dan pada hari ini keluasan kampung ialah 1800 meter persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.
Nama Kampung: Kampung Taee
Alamat: Jalan Baki-Riih, 94700 Serian, Sarawak
Daerah: Serian, Sarawak
Negeri: Sarawak
DUN: N21 (Tebedu)
Parlimen: P.199 Serian
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Majlis Daerah Serian
Taraf Kampung: Taraf A
Jenis Kampung: Tradisi
Kampung Taee terletak di dalam Bahagian Serian. Kedudukannya yang terletak di kaki Bukit Sadong telah menjadikannya sebuah perkampungan yang sangat cantik dan penuh dengan keindahan alam semulajadi.
Bukit Sadong
Darud Sadong
Keindahan lanskap yang berbukit bukau dan dikelilingi gua-gua memberikan seribu satu rahsia yang harus diterokai dan dinikmati oleh setiap orang. Kawasan kampung Taee terletak di Jalan Baki Riih iaitu kira-kira 6KM daripada simpang susur keluar ke pasar Baki di Serian.
SEJARAH MITOS (CERITA LISAN)
Menurut cerita makcik Juna beliau menceritakan bahawa kawasan Taee diberi nama bersempena air sungai yang teramat sejuk. Aliran sungai yang berpunca daripada bukit Sadong menghasilkan air mineral yang sejuk dan menyamankan. Menurut cerita lisan (mitos) daripada pakcik George (penduduk jati kampung Taee), nama Taee diambil bersempena nama burung Saie. Pada zaman dahulu, penduduk kampung tinggal di dalam gua Bukit Sadong. Pada masa itu, mereka lebih mempercayai kepada kuasa ghaib dan percaya tentang roh dan juga kuasa alam sekitar. Dikatakan lagi, akibat daripada kematian demi kematian yang berlaku dalam kehidupan pada masa itu, mereka berpindah dan turun ke satu tingkat ke tingkat yang lain.
Sehinggalah pada suatu hari, penduduk kampung telah menyaksikan satu kejadian aneh iaitu burung Saie berterbangan (diving bird) kearah kaki bukit Sadong. Petanda gembira itu telah memberikan satu nikmat kepada semua penduduk dan mereka mengambil keputusan untuk tinggal di kaki bukit Sadong dan tidak lagi tinggal di gua Bukit Sadong. Mereka membuat perkampungan baharu yang dinamakan Saie. Oleh kerana nama tersebut diwarisi satu generasi ke generasi yang lain, nama Saie akhirnya disebut sebagai Taee sehingga sekarang. Menurut seorang lagi penduduk, pada zaman dahulu ejaan bagi Taee ialah Taii. Berikutan pentadbiran awam yang berbeza-beza, ejaan nama Taii diubah kepada Ta-ee.
BAHAGIAN SERIAN
Kawasan Serian
Pemandangan dari atas Bandar Serian
Serian telah diisytihar sebagai Bahagian ke-12 dalam negeri Sarawak pada 11 April 2015. Pengisytiharan itu dibuat sendiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak semasa merasmikan Pesta Birumuh Serian 2015 di Kompleks Sukan Serian. Bahagian Serian merangkumi Daerah Serian, Daerah Tebedu dan Daerah Kecil Siburan. Pentadbiran Bahagian Serian bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2016 dimana En. Dahim Nadot telah dilantik sebagai Residen Bahagian Serian.
Pentadbiran di peringkat Daerah Serian dan Tebedu akan diketuai oleh seorang Pegawai Daerah manakala pentadbiran di peringkat Daerah Kecil Siburan pula akan diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir. Pada mulanya, Pejabat Residen Bahagian Serian ditempatkan sementara di Pejabat Daerah Serian sementara bangunan baharu Pejabat Residen Bahagian Serian siap dibina. Pada 1 Disember 2015, secara rasminya Pejabat Residen Bahagian Serian beroperasi di bangunannya sendiri yang juga terletak di kawasan Pejabat Daerah Serian.
PARLIMEN P.199
Kawasan Taee di dalam pentadbiran Parlimen P.199 Serian. Ahli Parlimen untuk Bahagian Serian ialah Yang Berhormat Dato’ Sri Richard Riot ak Jaem. Beliau merupakan ahli politik daripada Parti Barisan Nasional. Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Kabinet Malaysia iaitu Menteri Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia.
Nama: YB. Dato’ Sri (Dr) Richard Riot ak Jaem
Parlimen: P.199 Serian
Parti: GPS-SUPP
Alamat: No.25 Kampung Pichin, 94700 Sarawak
Talian Am: 017-8117199
Emel: dtkriot.p199@gmail.com
Bangsa: Bidayuh
Tarikh Lahir: 1 Disember 1951
Sumber diperolehi dari: Portal Rasmi Parlimen Malaysia
Nama: YB. Dato’ Sri Michael Manyin ak. Jawong, PGBK
Kawasan Pilihanraya: N.21 TEBEDU
Jawatan: Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi
Tarikh Lahir: 25.05.1945
Parti: Parti Pesaka Bumiputra Bersatu - PBB (BN)
Alamat: Tingkat 7, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, 93050 Kuching
Telefon: 082-445928
Faks: 082-312550
Sumber diperolehi dari: Laman Web Rasmi Pejabat Ketua Menteri Sarawak
Nama: Encik Jacques ak Kantuh
Jawatan: Ketua Kampung
Bangsa: Bidayuh
Tarikh Lahir: 8 Oktober 1954