Usahasama Usahawan-Usahawan PEDi Kg Taee
24 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPEDi Kg Taee sangat berbesar hati untuk sama-sama menyokong usahasama usahawan-usahawan PEDi Kg Taee. Usahasama ini merupakan Restoran Jawa Celup telah membuka cabang iaitu membuka vendor untuk memberi peluang kepada usahawan menghantar produk untuk dipromosikan dan dijual di vendor tersebut. Idea yang baik juga telah disambut baik oleh ramai usahawan terutama usahawan PEDi Kg Taee sendiri. Selain makanan seperti kek lapis, dadih sedut dan dessert, beberapa produk seperti bakul anyaman dari Anzura Collection, produk kecantikan, produk kesihatan, pakaian wanita muslimah serta bouqet juga ada di Vendor Café.
Vendor Café merupakan vendor pertama di Serian yang mempunyai ruang yang luas serta ruang santai untuk pelanggan terus menikmati makanan dan minuman yang dijual di sana. Untuk makluman, semua produk yang ada di Vendor Café akan dipromosikan sendiri oleh staff Vendor Café melalui live Facebook. Hal ini membuatkan usahawan bakeri PEDi Kg Taee iaitu Prisca Home Bakeri juga akan menghantar produknya ke Vendor Café.
PEDi Kg Taee mengucapkan sekalung tahniah kepada Restoran Jawa Celup kerana telah semakin maju dalam bidang bisnes dan membantu ramai rakan usashawan untuk mengembangkan bisnes. Semoga usahawasama ini semakin mendapat sambutan yang positif. Jika ada pertanyaan mengenai Vendor Café, bolehlah menghubungi terus Puan Dayang Suriati dengan melayari pautan FB dygsuriati.abghasim
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: