Advokasi – Online Grooming
19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini"Online grooming" merupakan sesuatu jenayah di mana seseorang penjenayah cuba untuk menjalinkan hubungan dengan kanak-kanak bagi tujuan memerangkap,memaksa dan mempergunakan dengan tujuan yang salah dan tidak senonoh seperti eksploitasi seksual melalui media sosial. Sejak kebelakangan ini,aktiviti jenayah yang melibatkan pencabulan kanak-kanak semakin meningkat terutamanya dengan hadirnya teknologi dan media digital seperti sekarang.
Apa yang membimbangkan,jenayah seperti ini tidak hanya dilakukan oleh orang yang tidak dikenali,malah ia turut berlaku dan dilakukan oleh kalangan & ahli keluarga kanak-kanak itu sendiri. Oleh yang demikian,adalah penting untuk adik-adik kita mengetahui apakah itu pencabulan dan bagaimana untuk mencegahnya serta apa yang harus mereka buat jika mereka berada dalam situasi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: