Pendaftaran Kenyalang Gold Card (KGC)
27 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniUntuk makluman semua, PEDi Kg Taee sangat bebesar hati untuk membantu warga emas untuk membuat permohonan Kenyalang Gold Card secara atas talian.Kenyalang Gold Card turut dikenali sebagai “KGC” menyediakan kemudahan dan akses untuk orang Sarawak yang layak untuk menerima inisiatif Gold Card. Terdapat pelbagai diskaun dan tawaran istimewa. Segala jenis kemudahan istimewa disediakan untuk yang layak dengan penjimatan setiap hari berdekatan dengan anda, dan seluruh daerah-daerah di Sarawak.
Kenyalang Gold Card adalah automatik dan percuma.Jika anda berusia 60 tahun keatas, pemegang kad pengenalan berstatus “K”, atau penduduk tetap di Sarawak, anda hanya perlu mendaftar dan memuat turun aplikasi iSarawakCare untuk mendapatkan akses kepada diskaun atau rebat serta manfaat lain dan tawaran istimewa daripada Kenyalang Gold Card. Setelah permohonan dan pendaftaran Kenyalang Gold Card Berjaya, anda akan menerima kad fizikal secara automatik selain dari akaun digital yang boleh digunakan dengan memuat turun aplikasi iSarawakCare. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak yang terdekat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: