Advokasi- Maklumat Palsu dan Implikasi
4 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada era digital ini, media sosial merupakan medium perhubungan dan penyebaran maklumat sekali gus menjadi satu ‘trend’ dalam kehidupan masyarakat masa kini terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.
Media-media sosial ini telah banyak disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak beretika untuk menyebarkan maklumat salah dan palsu sehingga mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan juga negara.
Maklumat dan berita palsu seringkali mengandungi unsur-unsur penipuan, mengapi-apikan sentimen perkauman dan memfitnah seseorang untuk menjatuhkan maruah, reputasi dan sebagainya.
Hal ini amat membimbangkan kerana ia dapat mengaibkan individu yang terlibat jika maklumat yang disampaikan tidak benar, memberi kesan negatif kepada reputasi seseorang atau organisasi, menyebabkan kerugian jika melibatkan wang ringgit, dan mengakibatkan penyebaran maklumat yang tidak benar kepada masyarakat.
Oleh itu, anak-anak atau adik-adik kita harus diajar agar tidak menyalahgunakan kemudahan media sosial untuk tujuan yang salah serta agar mereka bijak menilai antara berita sahih dan tidak sahih sebelum mereka kongsikan di platform-platform media sosial. Bak kata pepatah,melentur buluh biar dari rebungnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: