Menyediakan Perkhidmatan Internet & Kemudahan PEDi
24 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniMasalah internet bukanlah hanya di luar bandar, malahan di kawasan bandar juga mengalami masalah untuk mengakses internet secara telus. Seorang daripada surirumah sekitar Serian telah datang ke PEDi Kg Taee untuk menggunakan internet dan perkhidmatan PEDi seperti mengimbas dokumen penting serta menukar ke format PDF.
PEDi Kg Taee sangat bebesar hati menerima kehadiran sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan serta membantu komuniti untuk memudahkan urusan mereka di atas talian. Dalam kesempatan tersebut, Puan tersebut juga sempat mendaftar sebagai ahli kerana kerana beliau berminat untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh PEDi akan datang.
Terima kasih daripada kami kerana sentiasa memberi sokongan positif serta sudi menggunakan perkhidmatan di PEDi. Untuk pengetahuan, PEDi Kg Taee dibuka setiap hari kecuali tutup pada cuti umum. PEDi Kg Taee akan sentiasa mengemaskini status jika ada perubahan masa operasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: