Menyantuni Kehadiran AADK Serian ke PEDi
20 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniAgensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatannya iaitu AADK telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan sebagai Agensi Dadah Kebangsaan di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
PEDi Kg Taee menyantuni kehadiran AADK Bahagian Serian buat kali pertamanya. Pada sebelum ini PEDi Kg Taee pernah berkolabrasi bersama AADK melalui atas talian dan bersiaran langsung di FB untuk memberi pendedahan mengenai penyalahgunaan dadah.
Pertemuan yang singkat namun beberapa perancangan telah dirancangkan bagi membuat kempen kesedaran untuk komuniti. Pengurus PEDi juga sempat menerangkan fungsi serta menerangkan kemudahan fasiliti yang disediakan di PEDi.
PEDi Kg Taee sangat bebesar hati untuk bekerjasama bersama AADK untuk menjalankan kempen kesedaran untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan. Terima kasih daripada PEDi Kg Taee kerana sudi untuk berkunjung sekaligus memberi beberapa brosur sebagai rujukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: