Taklimat Untuk Jurulatih PEDi (Zon Selatan, Sabah, & Sarawak) MCMC x Shopee
10 September 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi zon Selatan, Sabah & Sarawak telah menyertai satu taklimat dalam talian iaitu Taklimat untuk Shopee Uni Asas & Pertengahan (MY) - MCMC x Shopee. Taklimat ini berlangsung pada jam 9.00 pagi dan sehingga jam 12.30 tengah hari. Taklimat ini bertujuan untuk memupuk usahawan untuk menggunakan platform digital untuk memasarkan produk mereka selari dengan arus pemodenan pada masa kini. Taklimat yang disampaikan ini memberi pendedahan kepada staff PEDi berkenaan dengan syarat terbaru untuk menjadi salah satu “Seller Shopee” dan boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti keusahawanan bersama komuniti setempat secara fizikal atau secara dalam talian.
Taklimat yang dijalankan pula dikendalikan oleh pihak Shopee sendiri iaitu Faezah Farhana yang mana mereka berkongsi dan memberi ilmu tentang bagaimana Shopee itu berfungsi, persediaan kedai Shopee, pusat pemasaran, cara menguruskan kewangan dan pelbagai lagi. Taklimat diberikan secara dua hala yang mana setiap perserta dapat bertanya secara langsung dalam ruangan chat yang disediakan dan dijawab terus oleh pihak Shopee. Pelbagai persoalan yang diajukan daripada peserta yang mengikuti takimat ini. Melalui persoalan yang diajukan dan dijawab sekaligus dapat memberi sedikit sebanyak input berguna. Input-input dalam taklimat yang diberikan sangat membantu kepada peniaga untuk meningkatkan lagi perolehan pendapatan daripada platform Shopee. PEDi Kg Taee berharap agar ramai usahawan dapat menggunakan platform sebaiknya untuk memasarkan produk mereka secara digital selepas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: