Webinar Skim Pembiayaan Mikro i-BSN Semarak Niaga @PEDi
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniBSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pembiayaan atau pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.Selain itu, BSN Micro/i Kredit Penjana ialah skim pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan bagi membantu perusahaan mikro untuk mengekalkan operasi serta meningkatkan produktiviti perniagaan usahawan. Turut ditawarkan pakej khas bagi usahawan wanita di bawah BSN Micro/i Kredit Penjana. BSN Micro/i Kredit Penjana menawarkan moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.
BSN Micro/i PEMERKASA menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk modal kerja dan pembelian aset, sehingga RM50,000. Tempoh pinjaman adalah sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan. Pakej pinjaman khas untuk usahawan wanita, untuk usahawan OKU, untuk usahawan belia, serta pakej pinjaman khas bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan, juga ditawarkan. Bagi para peniaga yang berminat serta memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mohon bantuan ini melalui salah satu cara berikut secara atas talian dengan melayari laman web BSN atau kunjungi cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan. Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Mikro Kredit Semarak Niaga ini, sila layari laman web BSN di pautan www.bsn.com.my
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: