ICT & Public Speaking Training for Trainers
16 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniSepanjang bulan Julai sehingga Oktober 2022 Pusat Ekonomi Digital Kg Taee telah membuat latihan sampingan kepada 5 orang sukarelawan MIV. Ini merupakan untuk latihan bimbingan bagi peserta sukarelawan untuk mereka mengajar komuniti ICT serta latihan mereka berdepan dengan komuniti dengan lebih berkeyakinan. Ini merupakan persediaan sebelum program MIV dijalankan. Pengucapan awam (public speaking) merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua individu. Kemahiran berucap ini telah diterapkan oleh ibu bapa mahupun guru sekolah sejak dari sesorang dari kecil lagi. Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini boleh jadi penentu kejayaan seseorang di dalam temuduga, kerjaya, pertandingan, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang konsisten umtuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai kemahiran ini dengan baik. Peralihan masa kini selaras dengan perubahan pada revolusi industri iaitu era Revolusi Industri 4.0. Perubahan ini sedikit sebanyak telah mendorong kepada keperluan dan penggunaan teknologi digital. Bahkan, penggunaan teknologi digital masa ini juga semakin diterimapakai oleh kalangan masyarakat. Namun begitu, dapat dilihat bahawa masih terdapat segilintir masyarakat dan golongan graduan yang kurang menguasai atau mahir dalam menggunakan digital seperti ini.
ICT bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang diberi sebagai sumbangan berasaskan niat yang telus dan ikhlas yang dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, agama, bangsa dan negara serta berupaya menangani masalah sosial. Mendedahkan dan memberi tunjuk ajar penggunaan ICT dalam urusan pekerjaan dan harian supaya mudah dan lebih produktif. Selain itu, mendedahkan dan memberi tunjuk ajar penggunaan ICT dalam urusan pekerjaan dan harian supaya mudah dan lebih produktif. PEDi Kg Taee berharap program seperti ini dapat membantu ramai komuniti celik ICT serta menggunakan kemahiran yang dipelajari kelak dengan sebaik mungkin. Semoga ilmu yang disampaikan, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: