Mesyuarat Projek Viral Tiktok 2022 PEDi Negeri Sarawak
10 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniMesyuarat Projek Viral TikTok 2022 merupakan mesyuarat pertama untuk semua PEDi di Negeri Sarawak. Mesyuarat tersebut telah dibuat di alam maya iaitu melalui ‘Google Meet’ diwakili oleh Pengurus atau Penolong PEDi di Sarawak. Mesyuarat yang berlangsung selama 1 jam telah diketuai oleh Miss Ram untuk menerangkan agenda mesyuarat. Menurut Miss Ram ini merupakan projek pertama yang menggunakan platform TikTok. Semua PEDi di Sarawak akan bersama-sama menjayakannya dari 15 Julai 2022 hingga 15 Mac 2023.
Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk mengikut ‘trend’ semasa penggunaan media sosial TikTok sebagai media baharu dalam penyampaian. Selain itu, projek ini menjadi ejen penyebaran berita benar dan berinformasi serta sewujudkan rangkaian dengan netizen atau orang awam supaya tahu kewujudan PEDi. Setiap PEDi telah dibahagi mengikut zon tersendiri. Semua PEDi ditugaskan untuk membuat satu video viral yang berdurasi 15 saat ke 3 minit. Tajuk adalah bebas mengikut kreativiti serta berita semasa. Semua PEDi juga diminta bekerjasama untuk membantu berkongsi di setiap akaun media sosial PEDi masing-masing. PEDi Kg Taee mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff PEDi yang telah bersama-sama menghadiri mesyuarat serta berkongsi idea bagi tajuk-tajuk video yang bakal dihasilkan. PEDi Kg Taee berharap agar projek ini akan berjaya serta dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: