Module 3 ICT & Fun Learning Class Sesi September-Oktober 2022 (Experiments Magic Finger And DIY Paper Plate)
18 September 2022 | Aktiviti TerkiniBerlansung dengan jayanya kelas ketiga kelas ICT & Fun Learning di PEDi Kg Taee. Seramai 10 orang pelajar telah hadir pada hari ini. Pelajar terdiri daripada 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah Projek Sains Magic Finger dan Kebersihan Diri dimana para pelajar melakukan eksperimen Sains. Mereka juga diberi ujian mudah berkenaan dengan asas kebersihan diri dan kesemua mereka menjawab soalan dengan betul dan tepat. Selain itu, terdapat DIY membuat kraf daripada Paper Plate. Para pelajar sangat seronok dan ingin mencuba sendiri di rumah.
Untuk pengetahuan, kelas ICT merujuk kepada kelas pengenalan dan pengetahuan ilmu pengkomputeran, asas internet dan tips keselamatan di internet. Kelas ICT diadakan pada setiap hari isnin dan selasa pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.Manakala kelas Fun Learning merupakan kelas interaktif, DIY, eksperimen Sains, kelas muzikal dan lain-lain aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Kelas Fun Learning diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Kumpulan A) manakala jam 2.30 petang hingga 4.30 petang ialah untuk Kumpulan B. Untuk sesi kali ini, penyertaan dibuka kepada 2 kumpulan. Seramai 24 orang pelajar telah mendaftar. Para pelajar yang sama akan menghabiskan modul sehingga bulan Oktober 2022. Teruskan menyokong kami di PEDi Kg Taee, Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: