Program MIV PEDi Kg Taee Dan Pelajar Tahap 1 SK St John Kg Taee.
21 September 2022 | Aktiviti TerkiniBerlansung dengan jayanya aktiviti bersama pelajar tahap 1 iaitu pelajar tahun 1, 2, dan 3. Seramai 72 orang pelajar telah hadir dan menyertai semua aktiviti yang disediakan oleh MIV PEDi Kg Taee. Guru-guru telah menyerahkan 100% aktiviti kepada semua MIV dan menyediakan fasiliti yang selesa untuk menjalankan aktiviti. Seawal jam 9 pagi semua pelajar telah berkumpul mengikut kelas masing-masing. Sebelum memulakan aktiviti, semua pelajar telah membuat senaman ringan yang telah diketuai oleh ‘teacher’ Grace. Senaman ringan dibuat selamat 10 minit sebelum aktiviti kedua bermula.
Aktiviti kedua merupakan pengenalan ringkas mengenai PEDi Kg Taee. Pengenalan ringkas telah dibuat oleh ‘teacher’ Ika. Pengenalan ringkas dan padat agar mudah difahami oleh semua pelajar. Kuiz ringkas juga sempat dibuat bagi memenuhi aktiviti. Sedikit hadiah buat pelajar yang berjaya menjawab dengan betul. Seterusnya, program diteruskan dengan ‘Taklimat Bahaya Bermain Telefon Terlalu Lama’. Taklimat yang sangat bagus penyampaiannya dikelola oleh ‘teacher’ Taziah. Beliau telah memberi penerangan akibat bermain telefon telalu lama serta membuat kuiz di akhir program. Aktiviti sukaneka diteruskan selepas 30minit masa rehat. Semua pelajar telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang dianggotai 10 pelajar.
Ketujuh-tujuh kumpulan telah dimonitor oleh fasi-fasi yang daripada kalangan MIV sendiri. Lima sukaneka berjaya di tamatkan sebelum jam 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan penyampaian cenderahati kepada Guru Besar atas kesudian beliau untuk membenarkan program MIV dibuat di sekolah bersama pelajar tahap 1. MIV PEDi Kg Taee mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak sekolah serta telah berjaya menghabiskan semua aktiviti tepat pada masanya. Moga program seperti ini dapat mengeratkan ukhwah antara pelajar, guru-guru serta orang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: