Day 7 ICT & Fun Learning Class Sesi Julai-Ogos 2022
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniBerlangsung dengan jayanya hari keenam kelas ICT & Fun Learning di PEDi Kg Taee. Seramai 10 orang pelajar telah hadir pada hari ini. Pelajar terdiri daripada 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah belajar membuat origami daripada kertas iaitu ‘Paper Garland’. Para pelajar diajar membuat origami menggunakan kertas warna dan hanya perlu menggunting kertas dan menyambung kertas menggunakan gam. ‘Paper Garland’ merupakan salah satu dekorasi yang sangat mudah dipelajari serta boleh dijadikan aksesori perhiasan. ‘Paper Garland’ juga merupakan boleh disesuaikan mengikut cita rasa anda, inspirasi anda, dan hiasan dalam rumah anda, ia adalah DIY yang murah dan boleh dipadankan sendiri dan aksesori yang cantik untuk acara sosial.
Untuk pengetahuan, kelas ICT merujuk kepada kelas pengenalan dan pengetahuan ilmu pengkomputeran, asas internet dan tips keselamatan di internet.Kelas ICT diadakan pada setiap hari isnin pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.Manakala kelas Fun Learning merupakan kelas interaktif, DIY, eksperimen Sains, kelas muzikal dan lain-lain aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Kelas Fun Learning diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi sahaja. Untuk sesi kali ini, penyertaan adalah seramai 10 orang sahaja. Para pelajar yang sama akan menghabiskan modul sehingga bulan Ogos 2022. Pendaftaran sesi September - Oktober akan dibuka kelak. Teruskan menyokong kami di PEDi Kg Taee, Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: