Day 10 ICT & Fun Learning Class Sesi Julai - Ogos 2022
6 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniBerlansung dengan jayanya hari kesepuluh kelas ICT & Fun Learning di PEDi Kg Taee. Seramai 7 orang pelajar telah hadir pada hari ini. Pelajar terdiri daripada 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Pelajar yang tidak hadir perlu menghadiri kelas tuisyen peribadi. Kebiasaanya kelas Fun Learning diadakan pada setiap hari Sabtu, namun ditukar ke hari Jumaat kerana ticer Ram ada urusan lain pada hari Sabtu. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah eksperimen membuat Kereta Belon. Oleh itu, kami sertakan beberapa langkah mudah untuk mencipta kereta berlon seperti dibawah:
Bahan-bahan.
- 2 Lidi Sate
- 1 Botol Mineral Kecil
- 1 Belon
- 3 Straws
- 4 Biji Penutup Minuman
- Gam
- Beberapa Kertas Warna
- Gunting
Cara Membuat Kereta Belon: 6 Langkah Mudah.
- Langkah 1: Menebuk Roda/Wheel
- Langkah 2: Memasang Wheels ke Rod Axle (Lidi Sate)
- Langkah 3: The Spindle
- Langkah 4: Meletakkan Props (Belon)
- Langkah 5: Menyiapkan Hiasan
- Langkah 6: Ujian Kelajuan dan Fungsi
Aktiviti ini memberi peluang kepada murid – murid untuk membina model kereta yang boleh bergerak dengan baik dan lancar. Murid bebas berkreativiti dari segi kedudukan penyedut minuman dan belon yang menjadi ‘enjin’ kepada model kereta mereka. Di sini juga murid boleh membuat kesimpulan bahawa udara yang dikeluarkan dari belon menerusi penyedut minuman boleh menghasilkan daya tolakan yang menyebabkan model kereta bergerak. Melatih kemahiran tangan untuk melekat, memasang roda (penutup botol) pada gandar (lidi), memasang belon pada penyedut minuman, serta melekatkan penyedut minuman pada kedudukan yang sesuai pada badan model kereta (botol mineral). Ketelitian memasang gandar menentukan model kereta boleh bergerak lurus ke hadapan. Beberapa objektif untuk aktiviti hari ini ialah, murid boleh menjelaskan maksud kelajuan serta boleh membuat kesimpulan tentang hubungan kelajuan dengan jarak dan masa dan murid juga boleh membina satu model kereta daripada bahan kitar semula. Pendaftaran sesi September - Oktober kini telah ditutup. Sila ikuti perkembangan dan teruskan menyokong kami di PEDi Kg Taee, Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: