Tutorial Cara Membuat Kalendar
5 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Kg Taee telah mengadakan sesi secara langsung mengenai Tutorial Cara Membuat Kalendar. Pengajaran secara langsung ini dilakukan melalui Facebook Page PEDi Kg Taee dimana penonton boleh menonton dan berinteraksi dengan panel secara langsung. Tutorial Cara Membuat Kalendar kali ini menggunakan Microsoft Powerpoint sempena kemasukan para pelajar ke sekolah pada tahun baru ini.
Tujuan tutorial kali ini diadakan adalah untuk mengajar membuat kalendar dengan cara yang paling mudah iaitu menggunakan Microsoft Powerpoint. Kaedah yang sangat mudah dan dipelajari ini senang untuk para pelajar atau ibu bapa gunakan untuk membuat kalendar pembelajaran anak – anak. Selain itu, tutorial ini adalah customized dimana ianya boleh direka mengikut kreativiti sendiri. Tujuan yang lain adalah mengajar penonton untuk mengetahui asas menggunakan Microsoft Powerpoint selain daripada membuat slaid untuk pembentangan sahaja. Kelebihan dan kebaikan tutorial kali ini adalah penjimatan membuat kalendar secara berbayar dan ianya lebih menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: