Personal Class: Shopee Seller Registration
7 September 2022 | Aktiviti TerkiniAlhamdulillah, seorang komuniti Kg Taee ingin mencuba platform dalam talian untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau di Shopee.
Rata-rata mengetahui banyak kelebihan sekiranya kita menjalankan perniagaan secara online, antaranya ialah:
1. Perniagaan online adalah perniagaan yang dijalankan secara atas talian melalui internet.
2. Pesanan, pembelian dan proses pembayaran adalah melalui internet (kad kredit, direct debit, paypal, dll.)
3. Barangan yang dibeli akan dihantar melalui pos atau secara terus (COD)
4. Kelebihan – menjimatkan masa, duit minyak kereta, duit parking, dll)
Hari ini, corak pembelian pengguna lebih tertumpu kepada perniagaan online, berbanding dengan kaedah offline yang digunakan sebelum ini. Perniagaan online menjadi pilihan kerana:
- Modal permulaan perniagaan yang rendah
- Produk mampu dikenali secara meluas kerana kos pengiklanan yang berpatutan
- Pemasaran dapat disasarkan pada golongan tertentu
- Tidak terikat dengan masa
- Tidak perlu mempunyai latar belakang akademik yang tinggi
- Prestasi pengiklanan dapat diukur secara langsung.
Oleh itu, tidak salahlah memilih PEDi Taee sebagai "guru" bisnes online, kerana kami sememangnya komited dan bersedia membantu para usahawan secara PERCUMA!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: