Stem Decathlon Challenge Karnival E-Mansang Anak Sarawak Ke-3 Tahun 2022 Peringkat NEGERI Sarawak E-Mansang 3.0
28 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Ogos yang lalu, seramai 16 orang murid tahap 2 SK St. John Taee dan seorang guru pengiring menggunakan fasiiliti dan akses internet di PEDi Kg Taee. Tujuan adalah untuk menduduki peperiksaan dalam talian iaitu STEM DECATHLON CHALLENGE Karnival e-Mansang Anak Sarawak ke-3 Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak e-Mansang 3.0.
Peperiksaan ini hanya melibatkan pelajar tahap 2 sahaja di seluruh Malaysia. Pertandingan STEM Decathlon Challenge ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan menguji kemahiran murid dalam aliran STEM di seluruh negara.
Antara objektifnya ialah:
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan dan keperluan STEM dalam kehidupan.
2. Meningkatkan minat murid kepada kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
3. Membantu merealisasikan dasar STEM Kebangsaan.
4. Menyediakan ruang dan medan kepada murid-murid untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan dalam talian yang dijalankan.
5. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan dan keperluan STEM dalam kehidupan.
6. Meningkatkan minat murid kepada kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
7. Membantu merealisasikan dasar STEM Kebangsaan.
8. Menyediakan ruang dan medan kepada murid-murid untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan dalam talian yang dijalankan.
Penyertaan hanya menggunakan akaun e-mel DELIMA moe digital learning (xxx@moe-dl.edu.my) DELIMA (Contoh: m-123456@moe-dl.edu.my) masing-masing. Syabas diucapkan buat murid-murid dan ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi menggunakan kemudahan di PEDi Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: