Pelancaran Dan Demonstrasi Produk Tepung Segera (Biskut) Zairina
30 Mac 2022 | Aktiviti Terkini‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ sangat sesuai untuk usahawan yg kini semakin maju kehadapan. Usahawan muda ini dikenali sebagai Zairina Julai Enterprise yang serba cekap serta mahir membuat biskut-biskut dan kerepek yang terbaik di Serian. Beliau merupakan usahawan yang aktif dikawasan Serian.
PEDi Kg Taee amatlah bebesar hati menerima kunjungan beliau untuk membuat demonstrasi serta melancarkan produk tepung segeranya pada baru-baru ini. Pelancaran ini dibuat melalui siaran langsung di Facebook page PEDi Kg Taee. Pelancaran ini akan menawarkan peluang pendapatan kepada surirumah dan graduan yang sedang menunggu pekerjaan ataupun sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan.Selain memperkenalkan harga di produk terbaru ini di pasaran, pembeli dapat membeli dengan harga jauh lebih murah semasa siaran langsung tersebut.
Antara Tepung Segera Biskut adalah seperti berikut:
1. Tepung Segera Biskut Tart Nanas Gulung (RM18.00.
2. Tepung Segera Biskut Tart Nanas Mawar (RM15.00)
3. Tepung Segera Biskut Semperit Susu (RM15.00)
Setiap tepung segera ini boleh menghasilkan sehingga 70 hingga 104 biji biskut, bergantung dengan saiz acuan dan gulungan pembeli. Untuk dapatkan tepung segera ini, boleh menempah melalui kami di PEDi Kg Taee atau berhubung terus kepada cik Zairina Julai di talian 012-8837233.
PEDi Kg Taee sangat mengalu-alukan kehadiran para usahawan untuk mengetengahkan produk yang dihasilkan mereka agar dapat memantapkan hasil jualan mereka dari semasa ke semasa. PEDi Kg Taee juga sentiasa memberi sokongan kepada semua usahawan dan membantu mereka memperluaskan pasaran tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: