Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
23 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniApakah Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)?.
Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti kearah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan kearah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melaui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.
Daftar sekarang untuk menjadi ahli PEDi Kg Taee. Hubungi 019-4532848 untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: