Day 9 ICT & Fun Learning Class Sesi Julai-Ogos 2022
2 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniBerlansung dengan jayanya hari kesembilan kelas ICT & Fun Learning di PEDi Kg Taee. Seramai 10 orang pelajar telah hadir pada hari ini. Pelajar terdiri daripada 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan.
Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah belajar membuat jadual waktu atau table in Microsoft Word. Jadual biasanya digunakan dalam memasukkan data yang banyak mengikut klasifikasi untuk memudahkan kerja. Ia membantu anda menyusun maklumat anda, menyelaraskan teks, mencipta borang dan kalendar, dan juga melakukan matematik mudah. Jadual mudah tidak sukar untuk dimasukkan atau diubah.
Para pelajar dikehendaki membuat draf jadual kelas kemudian mengaplikasikan draf tersebut ke dalam Microsoft Word. Ianya sangat mudah dan menyeronokkan. Kami berharap panduan dan langkah demi langkah yang diajar ini dapat membantu pelajar mengetahui bagaimana menambah dan menyesuaikan jadual di Microsoft Word.
Untuk pengetahuan, kelas ICT merujuk kepada kelas pengenalan dan pengetahuan ilmu pengkomputeran, asas internet dan tips keselamatan di internet. Kelas ICT diadakan pada setiap hari isnin pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Manakala kelas Fun Learning merupakan kelas interaktif, DIY, eksperimen Sains, kelas muzikal dan lain-lain aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
Kelas Fun Learning diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi sahaja. Untuk sesi kali ini, penyertaan adalah seramai 10 orang sahaja. Para pelajar yang sama akan menghabiskan modul sehingga bulan Ogos 2022. Pendaftaran sesi September - Oktober kini telah dibuka. Sila ikuti perkembangan dan teruskan menyokong kami di PEDi Kg Taee, Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: