Advokasi Bersama PEDi Kg Taee Siri 3/22-Portal Sebenarnya.My
29 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPerkongsian yang baik adalah ilmu yang di sampaikan. Ilmu yang bermanfaat haruslah dikongsikan bersama. PEDi Kg Taee telah membuat siaran langsung di Facebook PEDi Kg Taee untuk mengetengahkan isu-isu berita yang tidak sahih. Mujurlah kini semuanya dihujung jari. Semua pengguna media sosial boleh mencari kesahihan sebelum berkongsi cerita atau memuat naik gambar di media sosial.
Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.
Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan Negara serta dapat ditangani dengan berkesan. Berita yang tidak sahih telah tular di media sosial dan orang ramai telah mempercayai tanpa usul periksa. Beberapa contoh berita palsu tersebut adalah:
- https://sebenarnya.my/sijil-lengkap-vaksinasi-tidak-akan-dihilangkan-cuma-akan-bertukar-kepada-tidak-lengkap-sahaja/
- https://sebenarnya.my/poster-bahawa-rakyat-tidak-wajib-memakai-pelitup-muka-bermula-29-mac-adalah-tidak-benar/
- https://sebenarnya.my/waspada-pihak-ketiga-mendakwa-dilantik-oleh-kwsp-untuk-menguruskan-permohonan-pengeluaran-khas-2022/
- https://sebenarnya.my/dakwaan-pihak-berkuasa-tidak-mengambil-tindakan-terhadap-seorang-wanita-mendera-seorang-kanak-kanak-tidak-benar/
Portal ini adalah satu usaha proaktif MCMC bersama KKMM untuk membanteras berita palsu dalam talian di mana masyarakat boleh menyemak kesahihan maklumat yang diterima, berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui saluran rasmi kepada Kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan. Ianya juga menyediakan platform kepada orang ramai untuk menyalurkan berita dalam talian yang tidak disahkan kesahihannya, untuk perhatian agensi berkenaan (dan pengesahan).
Langkah ini diharap dapat menangani gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi impak negatif kepada masyarakat dan negara, serta membudayakan amalan ‘semak sebelum sebar’, agar masyarakat lebih “celik fakta” dan waspada sebelum bertindak menyebarkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya. Sebarang penyaluran maklumat boleh dibuat menerusi ruang 'Salur Kepada Kami' di portal SEBENARNYA.MY di https://sebenarnya.my/salur/
Sekiranya TIDAK PASTI dengan kesahihan sesuatu berita, JANGAN KONGSI. Jika Tuan/Puan berminat untuk menyertai kami, sila hubungi kami di talian 014-8775767 (Ika) atau019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: