Promosi Siaran Langsung Produk Usahawan Di Facebook Page PEDi Kg Taee
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniMarcapada, dunia dan negara pascaglobalisasi dan pascamodenisasi memperlihatkan perkembangan pesat penggunaan media sosial bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan terutama dengan adanya teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet berasaskan internet. Media sosial ini bukan sahaja berfungsi sebagai wahana mempercepatkan penyebaran maklumat malah telah menjadi satu medium kepada ahli perniagaan untuk memperagakan barangan jualan mereka sama ada berbentuk barangan hasil buatan ataupun perkhidmatan menggunakan Internet yang dikenali sebagai e-dagang.
Hal ini kerana dengan aplikasi e-dagang, peniaga boleh melakukan urusan jual beli dengan pengguna melalui Internet secara mudah kerana maklumat di hujung jari dan dunia tanpa sempadan. Pelaksanaan pemasaran digital semakin meluas dan menjadi satu trend dalam dunia perniagaan masa kini. Kebarangkalian perniagaan yang tidak mengaplikasikan pemasaran digital tidak berpeluang untuk bertahan lama seperti perniagaan yang lain pada abad ini kerana semakin ramai pengguna kini meneliti dan membeli produk melalui kaedah atas talian.
Cara pemasaran kini telah berubah menjadi lebih menarik dan kreatif. Taktik pemasaran digital telah terbukti sebagai kaedah paling efektif untuk menarik perhatian bakal pelanggan alaf baru. Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan kaedah pemasaran digital sehinggakan sesetengah perniagaan sanggup membuat pelaburan yang besar untuk mempromosikan perniagaan mereka di atas talian. Berikut merupakan sebab-sebab kenapa pemasaran digital digemari oleh generasi perniagaan masa kini.
a) Tiada had dan sempadan
b) Kepelbagaian konsumer
c) Penyampaian yang pantas
d) Hasil yang boleh diukur
Terkini, PEDi Kg Taee telah membuat siaran langsung di Facebook Page berdurasi selama 30 minit untuk mempromosikan barang jualan usahawan mereka. Antara barangan yang telah dipromosikan ialah:
- Kudap-kudapan
- Biskut
- Kraftangan Manik
Kesemua barang jualan usahawan ditinggalkan di PEDi Kg Taee sebagai tester dan pelanggan juga boleh membeli secara walk-in. Harga yang ditawarkan semasa bersiaran lansung adalah lebih murah berbanding dengan harga jualan biasa. Hal demikian adalah untuk menarik minat pelanggan untuk mencuba produk yang telah dipamerkan. Secara tidak langsung juga PEDi Kg Taee dapat mempromosikan peranan sesebuah PEDi dan membantu meningkatkan marketing usahawan yang dilahirkan. Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: