Siaran Langsung Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Serian – Dadah Dan Kesannya
26 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPERKONGSIAN ILMU BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) DAERAH SERIAN.
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Taee telah mengadakan Program Bersama Agensi pada setiap bulan. Pada bulan Februari ini, kita telah menemubual Pn. Eva iaitu Ketua Daerah AADK Serian untuk berkongsi berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah bagi menambah pengetahuan tentang bahaya dadah dan menerap nilai “Benci Dadah” kepada orang ramai.
Untuk pengetahuan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menguruskan hal-hal berkaitan membanteras penyalahgunaan dadah di Malaysia.
Apakah itu DADAH?
Dadah merupakan satu istilah khas merujuk kepada bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku seseorang apabila digunakan. Antara jenis-jenis dadah termasuklah Opiat dan Opiat Sintetik, Stimulan, Ganja, Halusinogen, Depresen, ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna.
Pengambilan dadah dari peringkat remaja akan meningkatkan risiko untuk menyebabkan penagihan yang serius apabila umur semakin meningkat. Remaja lebih terdedah kepada masalah fizikal dan sosial berbanding orang dewasa kerana pada masa ini otak dan badan mereka masih sedang berkembang. Dadah dan alkohol boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi otak yang mengawal motivasi, memori, pembelajaran, kebolehan membuat keputusan dan juga kawalan tingkahlaku. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka yang mengambil dadah dari remaja selalunya akan menghadapi masalah keluarga, masalah di sekolah, keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan di samping masalah kesihatan (termasuk juga kesihatan mental). Mereka juga akan menjadi cenderung untuk terlibat dalam aktiviti jenayah.
Oleh itu, AADK berharap masalah dadah akan berkurangan dan bukan lagi menjadi musuh nombor satu negara. Bagaimanapun, hasrat itu hanya boleh dicapai dengan bantuan dan penglibatan oleh semua pihak.Selain itu, kepada mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sila tampil mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan secara sukarela. AADK sedia membantu, begitu juga dengan jabatan-jabatan lain serta NGO.
Semoga dengan perkongsian ini, orang ramai dapat bersama-sama membanteras najis dadah dalam masyarakat. Katakan TIDAK kepada DADAH!
Jika anda berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut. Untuk menghubungi AADK Serian, sila layari www.facebook .com/AADK Daerah Serian dan beralamat di Kuaters Kediaman No.52, Jalan Ilmu, 94700 Serian, Sarawak (Berhampiran SMK Serian).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: