Kumpulan B/Sep-Okt 2022: Shapes in Ms Word
28 September 2022 | Aktiviti TerkiniBerlansung dengan jayanya modul keempat kelas ICT & Fun Learning di PEDi Kg Taee. Seramai 10 orang pelajar telah hadir pada hari ini. Pelajar terdiri daripada 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah belajar membuat bentuk (shape) di Microsoft Word.Para pelajar mengasah lagi bakat mereka dalam mencipta bentuk baru, seperti robot, beruang, pokok, rumah dan lain-lain. Selain membuat tugasan melukis atau membina grafik bentuk haiwan (penguin) dan snowman.
Pelajar menggunakan butang Shapes untuk menggambar hampir semua objek, mulai dari garis asas, tanda anak panah, awan, matahari, bentuk silinder, bulat dan lain sehinggalah bentuk yang lebih kompleks. Selain itu, turut diajar cara menggunakan figura Send Backward dan Bring to Front. Para pelajar sangat seronok bersama rakan dan ticer dalam melakukan aktiviti ini. Semangat para pelajar untuk menyiapkan tugasan harus dipuji kerana mereka berusaha menyiapkan tugasan dan kelas berakhir pada jam 4.30 petang.
Untuk pengetahuan, kelas ICT merujuk kepada kelas pengenalan dan pengetahuan ilmu pengkomputeran, asas internet dan tips keselamatan di internet. Kelas ICT diadakan pada setiap hari isnin dan Selasa pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Manakala kelas Fun Learning merupakan kelas interaktif, DIY, eksperimen Sains, kelas muzikal dan lain-lain aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
Kelas Fun Learning diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi hingga 12.30 pagi dan 3.00 hingga 4.30 petang.Teruskan menyokong kami di PEDi Kg Taee, Sarawak. Terima kasih kerana sentiasa menyokong PEDi Kg Taee
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: