Kelas Ms Word (Menaip Surat Rasmi & Kuiz Kahoot)
27 November 2022 | Aktiviti TerkiniKelas MS Word merupakan kelas kedua bersama En.Jack. Beliau telah mengajar bagaimana untuk membuat surat rasmi secara digital. Hal ini kerana ramai pelajar kurang mahir menggunakan MS Word, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
Para pelajar yang hadir juga sentiasa bersedia menerima ilmu baru dan begitu teruja menggunakan MS Word kerana ada diantara mereka berpendapat jika mereka mahir menggunakan MS Word, maka mudahlah mereka untuk belajar kelebihan MS Word yang lain.
Pelajar juga belajar membina ayat yang sesuai untuk surat rasmi. Selain itu, mereka juga belajar format surat rasmi dengan betul. PEDi Kg Taee sentiasa bersedia untuk mengajar lebih banyak ilmu dalam IT. Pelajar juga akan lebih berpeluang untuk belajar pelbagai ilmu baru untuk mengisi masa senggang mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: