Program Siri Jelajah Keusahawanan Bakeri Siri 6 2022 dengan Kerjasama PEDi Kg Taee Sarawak
25 September 2022 | Aktiviti TerkiniBerlansung dengan jayanya Program Siri Jelajah Keusahawanan Bakeri Siri 6 2022. Program ini telah berjaya atas penyertaan 12 orang peserta serta komitmen dari seorang usahawan PEDi Kg Taee yang banayk memberi tunjuk ajar serta tips meroti.
Sebelum kelas bakeri bermula, usahawan yang dikenali ‘Ticer’ Prisca telah membuat sesi suai kenal yang singkat. Peserta yang datangnya dari beberapa kampung lain selain Kg Taee membuatkan Ticer Prisca semakin bersemangat untuk berkongsi ilmu.
Peserta telah dibahagi kepada dua kumpulan yang terdiri daripada enam orang untuk setiap kumpulan. Peserta telah diajar cara-cara membuat roti mengikut step yang betul. Ticer Prisca telah mengajar empat jenis roti yang berlainan. Semua peserta berpeluang untuk menguli tepung sendiri serta membuat topping.
Kelas yang berlansung selama enam jam tersebut telah membuahkan hasil kerana semua peserta berjaya menyiapakan roti mereka dalam masa yang ditetapakn. Semua peserta juga dianugerahkan sijil penyertaan serta hasil baking mereka dibahagikan sama rata. Sebelum Ticer Prica mengakhiri program, beliau juga sempat berkongsi pendapat serta memberi semangat kepada peserta untuk sentiasa positif diri dalam melakukan apa jua bisnes.
Tahniah diucapkan kepada semua kerana sudi menggunakan PEDi Kg Taee sebagai platform. PEDi Kg Taee juga merakamkan sekalung tahniah buat semua peserta serta semoga suatu masa apa yang dibelajar boleh membantu semua peserta mencari ‘side income’ melalui kepakaran yang ada. PEDi Kg Taee juga bersedia untuk membantu dalam pemasaran digital
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: