Train The Trainer (TTT) Autocrat (E-Sijil)
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 & 24 Julai 2022 (Sabtu dan Ahad) telah berlangsung dengan jayanya Kursus Dalam Talian iaitu Train the Trainer (TTT): Autocrat (e-Sijil) Manager PEDi Maxis & Digi. Staff PEDi Kg Taee turut terlibat pada hari tersebut.
Antara tujuan kursus yang dihadiri ialah memberi pendedahan kepada staf Pusat Ekonomi Digital tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat. Autocrat adalah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah disediakan atau ditetapkan.
Kebiasaannya Autocrat ini kerap kali digunakan oleh kalangan guru atau tenaga pengajar untuk memudahkan mereka dalam menghasilkan sijil. Kursus ini dikelolakan daripada PEDi Semenyih iaitu En. Anwar bin Maso'od dan En. Abdul Latif Osman. Antara kandungan kursus ialah:
a) Pengenalan terhadap Autocrat
b) Penyediaan data di dalam Google Sheet
c) Penyediaan template sijil
d) Tetapan dan konfigurasi menggunakan Autocrat didalam Google Sheet
e) Menjalankan proses runjob pada data yang hendak digabungkan
f) Proses penghantaran data yang telah gabungkan.
g) Semakkan hasil janaan fail dalam folder yang ditetapkan untuk disimpan
h) Latihan & Pertanyaan
i) Maklum balas kursus
Terima kasih kepada PEDi Semenyih kerana telah berkongsi ilmu yang bermanfaat buat semua PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: