Personal Coaching Membuat Resume
20 Julai 2022 | Aktiviti Terkini‘Personal Coaching’ untuk membuat resume telah berlangsung bersama seorang sukarelawan MIV 2022. Coaching membuat resume telah diketuai oleh Miss Ram.
Miss Ram telah berkongsi beberapa tips penting yang perlu diketahui untuk menghasilkan resume terbaik sebelum memohon kerja. Beberapa tips tersebut ialah:
1. Pilih template resume yang nampak simple dan clean.
2. Pastikan anda memilih tulisan atau font yang jelas dan senang dibaca. Resume yang baik adalah 1-3 mukasurat sahaja dan sebaik-baiknya 2 mukasurat.
3. Pastikan anda menulis maklumat secara ringkas dan padat dalam resume.
4. Masukkan maklumat diri yang berkenaan dan bersesuaian dengan kerja yang akan anda pohon seperti pengalaman kerja dan kemahiran anda.
5. Semak kembali ejaan dan typo untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan maklumat yang anda berikan adalah betul.
Semoga tips yang telah dikongsikan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menghasilkan resume yang terbaik untuk memohon pekerjaan. PEDi Kg Taee mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi Kg Taee. Kehadiran tuan/puan ke PEDi Kg Taee amatlah dialukan-alukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: