Siaran Langsung Advokasi MCMC Bersama PEDi Kg Taee Siri 5/2022- Kenalpasti Penyantunan Dalam Talian & Pedofilia
29 Jun 2022 | Aktiviti Terkini‘Buaian digoncang anak pun dicubit’ membawa maksud menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. Pepatah ini sangat sesuai digunakan untuk tajuk yang dikupas serta dibincangkan. Ini merupakan gandingan pertama Miss Ram dan Ikaa Azrul yang membincangkan topik Penyantunan Dalam Talian.
Pedofilia dipercayai telah berlaku sejak dahulu lagi tetapi ianya tidak dinyatakan, didefinisi, atau dikaji dengan formal sehingga abad ke-19.Pada awalnya pedofilia digelar sebagai ‘paedophilia erotica’ kemudian dikenali sebagai pedofilia (pedophilia) pada abad ke-20. Istilah pedofilia bukanlah sahaja digunakan bagi mendefinisikan tarikan atau rangsangan seksual terhadap kanak-kanak, manakala istilah pedofilia juga sering digunakan dalam penguatkuasa perundangan untuk merujuk kepada pelaku seksual terhadap mangsa bawah umur. Antaranya seperti penderaan seksual kanak-kanak, merogol kanak-kanak dibawah umur, pornografi kanak-kanak, ‘child grooming’, ‘stalking’ serta pendedahan tidak bermoral berkaitan kanak-kanak.
‘Online Grooming’ bermaksud pemangsa mencari mangsa untuk dijadikan mangsa jenayah seksual. Mangsa biasanya dari golongan yg mudah dipengaruhi terutamanya kanak-kanak. Perlahan-lahan kanak-kanak itu diajar untuk membuang rasa malu dan menganggap suatu perlakuan itu adalah normal dan tidak salah, walhal ia sebenarya suatu kesalahan dan tidak wajar dilakukan sama sekali.
Pedofilia merupakan gangguan psikiatrik dimana orang dewasa mahupun orang tua mempunyai tarikan atau perasaan seksual terhadap kanak-kanak yang belum atau baru sahaja memasuki fasa akil baligh. Walaupun kanak-kanak perempuan mula proses akil baligh pada umur 10 dan 11 manakala kanak-kanak lelaki bermula pada umur 11 dan 12, kriteria pedofilia telah ditetapkan sehingga umur 13. Seorang individu mesti sekurang-kurangnya berumur 16 tahun dan beza jarak 5 tahun dengan kanak-kanak untuk di diagnos sebagai pedofilia
Pedofilia bukan sahaja boleh mencari kanak-kanak untuk eksploitasi seks melalui media sosial, malah mengenali sasaran mereka melalui Facebook (FB), Instagram dan Twitter atau aplikasi sembang, WhatsApp dan WeChat. Impak internet serta media sosial dalam eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak oleh pedofilia amat meluas sehingga merangkumi ramai mangsa pada satu-satu masa melalui aktiviti pengantunan secara maya atau ‘cyber grooming’.
Tugas ibubapa, kakak dan abang, pantau aktiviti internet anak-anak anda, adik anda. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan di media sosial. Pendekatan pemeliharaan berasaskan keluarga bukan sahaja dapat memberi perlindungan kepada kanak-kanak, tetapi juga mampu mewujudkan hubungan kekeluargaan yang positif dari aspek fizikal, emosi, psikologi, kognitif, sosial dan kerohanian
Lindungi mereka. Anak merupakan generasi bakal mewarisi khazanah dunia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: