Siaran Langsung Program Bersama Agensi Kerajaan Siri 3/2022 Masalah Kesihatan Mental
27 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniKesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Penting untuk anda tahu bahawa kesihatan mental dan penyakit mental adalah dua perkara berbeza tetapi saling berkaitan. Kesihatan mental merujuk pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak dalam kehidupan seharian mereka. Meskipun kesedaran mengenai penyakit mental semakin meluas, tetapi masih ada stigma yang buruk dikaitkan dengannya.
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental dan penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan. Kolabrasi bersama Dr Afiq iaitu Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Petrajaya untuk menjawab beberapa persoalan mengenai masalah kesihatan mental merupakan julung kalinya.
Kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang tidak.Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik.Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa.Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.
Terdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.
PEDi Kg Taee mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Afiq kerana sudi meluangkan masa serta memberi info berguna serta menjawab persoalan yang diajukan semasa siaran langsung berlangsung. Tidak juga lupa kepada semua pemenang yang telah menjawab beberapa soalan yang diberikan semasa di akhir rancangan. Tahniah kami ucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: