Lawatan Lapangan Ke Program Keusahawan Bakery Siri 3 2022 - Usahawan Prisca Home Bakeri
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniUsahawan Wanita diminta terus berusaha meningkatkan keupayaan diri bagi menghadapi cabaran masa kini khususnya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Setiap orang tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian yang ada sebaliknya perlu meneroka bidang baharu atau menambah ilmu pengetahuan. Berdasarkan perkembangan semasa terutama dalam kemajuan teknologi digital dan globalisasi, setiap usahawan wanita tidak boleh ketinggalan daripada menguasai ilmu dan kemahiran baharu.
Pada 21 Mei 2022 merupakan Program Keusahawanan Bakeri Siri 3 tahun 2022, Pengurus PEDi Kg Taee turut turun padang sebagai tanda sokongan serta memberikan galakan selama 30 minit di PEDi Kg Pichin.Siri Jelajah Keusahawanan Bakeri ini merupakan Program dibawah Rancangan Keusahawanan Digital PEDi Kg Taee bagi tahun 2022 yang membantu usahawan PEDi untuk membuat kelas secara tour di kawasan Serian dan Tebedu.
Prisca Home Bakeri melahirkan harapan agar kursus seperti itu dapat meningkatkan kemahiran diri para peserta sekali gus membantu menambah pendapatan keluarga masing-masing. Program Keusahawanan ini adalah satu program yang sangat baik dan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta kursus. Diharap kepada peserta dapat meningkatkan kemahiran sedia ada, sekali gus meningkatkan pendapatan keluarga.
Dengan harapan, melalui program sebegini, dapat membantu masyarakat untuk terus meningkatkan keupayaan diri, berdikari dan berdaya saing sekali gus, menghapuskan mentaliti untuk terus dibantu dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.
Melalui program seperti itu juga menunjukkan bahawa komuniti begitu prihatin dan peka terhadap tuntutan terutamanya golongan wanita untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Adalah menjadi harapan agar peserta program bakeri ini dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan menyuntik semangat untuk terus berjaya dalam bidang diceburi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: