Program Daftar Geran 10K Geran Go Digital Sarawak
25 April 2022 | Aktiviti TerkiniGeran Usahawan Go Digital Sarawak kembali lagi untuk batch 2. Untuk makluman anda, penerima geran Go Digital untuk batch 1 telah menerima gajet dan perkakas elektronik yang diidamkan. Sekarang adalah masanya untuk anda pula berpeluang menjadi usahawan bertuah seperti mereka. Permohonan geran GO DIGITAL sudah pun rasmi dibuka pada 4 April 2022, Isnin, jam 12 tengah hari.
Melalui geran ini, para usahawan MSME yang terjejas akibat pandemik boleh mempercepatkan peralihan perniagaan mereka ke mod digital dengan lebih pantas dan efisien. Inisiatif ini juga selaras dengan agenda Kerajaan Sarawak untuk membina rakyat yang celik digital serta bersedia mengaplikasikan kaedah ekonomi digital dalam kehidupan seharian.
Usahawan MSME yang terpilih bakal menerima geran berjumlah sehingga RM 10,000 bagi membeli peralatan digital seperti barangan elektronik dan perisian untuk menaiktaraf mutu perniagaan digital mereka. Usahawan yang berminat boleh mendaftar dan terus memilih seberapa banyak produk yang mereka perlukan melalui katalog yang disediakan, dengan syarat jumlah keseluruhan perkakas yang dimohon hendaklah tidak melebihi RM 10,000.
Produk yang tersedia untuk para usahawan adalah perkakas digital seperti Macbook Air/Pro, iPad Air/Pro, iMac, desktop, komputer riba berspesifikasi tinggi dan sederhana, tablet, monitor, kamera, sistem ePOS dan banyak lagi. Peralatan digital ini bakal diberikan secara percuma untuk usahawan yang terpilih oleh MINTRED.
PEDi Kg Taee telah membuka peluang untuk usahawan berkunjung ke sini untuk bersemuka secara langsung dengan Miss Ram dan Ikaazrul untuk membantu membuat pendaftaran geran. Beberapa orang usahawan telah hadir untuk memohon geran. PEDi Kg Taee mendoakan agar semoga permohonan mereka berjaya serta memberi manfaat kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: