Inisiatif PEDi Kg Taee Untuk Membantu Usahawan Kraftangan Memperluakan Pasaran Tempatan
22 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniDari hobi membawa rezeki. Itulah yang sesuai untuk gelaran usahawan kraftangan manik. Beliau dikenali sebagai Puan Priscilla Michael dan pasangannya Encik Mike Redway. Mereka berdua merupakan usahawan yang telah mendaftar sebagai usahawan di PEDi Kg Taee.
Kraftangan manik merupakan salah satu kraftangan yang tertua berbanding zaman tamadun manusia. Kraftangan amat popular di kalangan rakyat Sarawak. Gubahan-gubahan manik yang paling awal dahulu telah diperbuat daripada kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali. Menurut kajian, manik yang ada di Sarawak telah dibawa masuk dari Mesir, Greece, India dan China sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Gubahan manik tersebut banyak digunakan oleh kaum Kelabit dan Bidayuh di Sarawak. Kajian sejarah juga menunjukkan bahawa manik-manik tersebut dibuat sendiri oleh penduduk pribumi Sarawak daripada bahan-bahan mentah yang diimport dari negara-negara di Timur Tengah pada abad yang ke-12 Masehi yang terdiri daripada kaca lebur.
Usahawan PMY Collection mengunjungi PEDi Kg Taee untuk membuat Modul Starter Kit yang dilancarkan mereka pada bulan lalu di PEDi Kg Taee. Rentetan itu, permintaan pelanggan terhadap Starter Kit Kraftangan DIY mereka semakin meningkat dan sudah menembusi pelanggan sekitar Kuching hingga Sri Aman.
Pasangan ini sangat aktif mempromosikan perniagaan mereka secara digital di platform media sosial seperti di Facebook Page dan Instagram. Selain kit tersebut, terdapat produk Kraftangan lain yang boleh ditempah pada setiap hari mengikut kehendak pelanggan. Ikuti perjalanan karier sulung mereka di Siri Jelajah Usahawan Kraftangan Manik PEDi Kg Taee (PMY Collection) di PEDi PPR Batu Gong, Siburan pada 26 Mac 2022 ini.
Kami di Pusat Ekonomi Digital Kg Taee sentiasa mendoakan dan menjadi tulang belakang kepada semua usahawan kami dan bersedia untuk merangka strategi perniagaan yang terbaik untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: