Majlis Jamuan Minum Petang Sempena Perpisahan Miss Ram (Pengurus PEDI Kg Taee) Serian, Sarawak
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniSambutan Majlis perpisahan jamuan minum petang yang telah dibuat sempena menghargai perkhidmatan terakhir beliau sebagai Pengurus PEDi KG Taee iaitu Miss Ram pada sabtu yang lalu berjalan dengan lancar dan meriah di Lobi PEDi Kg Taee .
Majlis yang dibuat secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran komuniti setempat bagi meraikan jasa perkhidmatan Miss Ram buat kali terakhir berkhidmat di PEDi Kg Taee. Semasa majlis, beberapa tetamu telah memberi ucapan sepatah dua kepada Miss Ram. Ucapan disambung oleh Pengurus iaitu Miss Ram bekongsi pengalaman selama bertugas berkhidmat di PEDi Kg Taee.
PEDi Kg Taee Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Ram kerana menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang serta membantu ramai komuniti dan pelajar dalam dunia digital. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga sentiasa diberkati selalu dalam setiap kerja yang dilakukan daripada PEDi Kg Taee. Keep in touch!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: