Program Ihya Ramadhan Projek Bubur Lambuk 2022
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniBersempena dengan bulan Ramadhan ini, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Taee akan menganjurkan Program Ihya' Ramadhan (Projek Bubur Lambuk 2022) yang kali keempat penganjurannya.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Sepanjang program pada hari tersebut, PEDi Kg Taee telah mengalami gangguan bekalan elektrik. Namun itu bukanlah menjadi satu penghalang untuk meneruskan program. Program tersebut juga telah di hadiri oleh rakan-rakan dari PEDi Kg Tangga Plaman dan dua orang penduduk kampung.
Bubur lambuk yang dihasilkan sebanyak 250 pack dan telah diagihkan kepada Surau Al-Arif Taee, penduduk muslim serta surau-surau kampung berdekatan.
Program ini bermula seawal jam 9 pagi dan memulakan tugas masing-masing dari proses penyediaan sehinggalah membungkusnya. Program ini bertujuan mengeratkan semangat perpaduan antara serta dapat menerapkan nilai-nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat. Semoga penganjuran kali ini mendapat keredhaan serta menambah pahala daripada Allah SWT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: