Siaran Langsung Aplikasi YEZZA Untuk Perniagaan
23 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPengurusan Bisnes Online Termudah Dan Automatik Bersama YEZZA
Satu konsep baharu telahpun diperkenal untuk memudahkan lagi peniaga membuat urusniaga di WhatsApp. Platform ini dikenali sebagai YEZZA. Konsep yang amat menarik dan mudah difahami orang ramai terutamanya peniaga yang baru saja hendak memulakan perniagaan. Ia amat sesuai untuk peniaga-peniaga yang baru saja hendak memulakan perjalanan perniagaan. Jika anda seorang yang peniaga yang bersungguh-sungguh untuk melariskan jualan anda secara konsisten, platform YEZZA ada penyelesaiannya.
Menggunakan aplikasi YEZZA sebagai pemudah cara adalah satu strategi yang bagus. Ianya sangat mudah dan anda boleh membina kedai atas talian anda sendiri. YEZZA siap dengan fungsi Payment Gateway dan memudahkan proses untuk membina kedai online anda.
Secara kesimpulannya, kemudahan ini mungkin tidak ada pada masa yang lalu dan atas dasar faham apa permasalahan dan keluhan peniaga, platform ini diwujudkan untuk membantu memudah dan meringankan beban peniaga. Lepas menggunakan platform ini, tiada lagi masalah untuk track jualan dan pembelian, database yang tidak tersusun, kemudahan untuk pembayaran dan banyak lagi. Semua kemudahan ini telah disatukan dalam satu platform sahaja iaitu YEZZA. Perkongsian ini disampaikan secara siaran langsung oleh Puan Siti Aisah bt Mohd Faizal iaitu Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Sepakat Jaya, Kuching. Puan Aisah boleh dihubungi melalui WhatsApp 011-15898144 atau boleh mengunjungi laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/PEDitmnsepakatjaya/ .
Kami mengucapkan terima kasih di atas perkongsian ini dan berharap para usahawan menggunakan aplikasi Yezza dalam perniagaan masing-masing.
Jikalau anda berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: