Asas Animasi Dalam Microsoft Powerpoint
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniMICROSOFT POWERPOINT.
Microsoft PowerPoint merupakan salah satu perisian multimedia yang digunakan untuk membangunkan suatu bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej, grafik, animasi, audio, video atau carta. Microsoft PowerPoint juga merupakan suatu perisian yang akan membantu dalam menyusun sebuah persembahan yang efektif, professional dan juga mudah.
Persembahan yang menggunakan PowerPoint akan lebih menarik kerana ia menggunakan slide yang dinamik yang boleh digabungkan dengan penggunaan audio, video, animasi dan clipart. Dengan ini, persembahan menggunakan Microsoft PowerPoint adalah sangat berkesan dan memudahkan proses penyampaian dan penerimaan maklumat. Selain itu, penggunaan Microsoft PowerPoint juga membuktikan bahawa ransangan yang terbina dalam diri seseorang lebih dari satu deria dalam satu masa.
Apa itu animasi?
Animasi adalah kesan visual untuk objek-objek di dalam presentasi PowerPoint anda. Animasi digunakan untuk menghadirkan objek-objek seperti teks, gambar, atau diagram, aktif atau non-aktif di slide anda.
Microsoft menyebutnya dengan entrances dan exits dan lain-lain. ENTRANCES adalah animasi yang mendatangkan sesuatu ke slide, sementara EXITS akan memindahkan sebuah objek keluar dari slide.
Animasi dapat digunakan untuk membuat sebuah objek masuk atau keluar pada slide anda (atau bahkan memindahkannya antara lokasi pada slide.)
Kesimpulannya, perisian Microsoft PowerPoint adalah bersifat mesra pengguna kerana ianya mudah dikendalikan. Keupayaan menghasilkan persembahan teks, gambar, video, kesan bunyi, lagu, grafik dan animasi menimbulkan kesan positif kepada pengguna kerana persembahan perisian PowerPoint mudah disimpan dan dapat digunakan berulang kali.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: