Program PANDei & Program Reading Seeds Batch Ke-2 2022
20 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniMemandangkan permintaan yang tinggi daripada komuniti, PEDi Kg Taee berbesar hati untuk menganjurkan Bengkel Reading Seeds daripada Pustaka Negeri Sarawak untuk kali yang kedua di Kampung Taee, Sarawak. PEDi Kg Taee juga amengadakan Bengkel PANDei menawarkan cara mengenal pasti keperluan maklumat, kaedah mencari maklumat, langkah keselamatan dan keselamatan alat mudah alih, dunia siber, media sosial, penilaian maklumat dan etika penduduk digital.
Dua program ini diadakan secara serentak. Program PANDEi telah berlansung di Bilik Latihan PEDi Kg Taee, manakala Program Reading Seeds diadakan di lobi PEDi Kg Taee. Program PANDEi telah dihadiri oleh Persatuan Wanita Kg Taee dan 5 orang pelatih GIATMARA SERIAN. Program PANDei disasarkan kepada usahawan / bakal usahawan wanita khususnya, namun terbuka juga kepada usahawan / bakal usahawan lelaki yang berminat untuk mempelajari asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan. Program ini dilaksanakan oleh The Asia Foundation (TAF) bertujuan untuk menyediakan latihan asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan untuk perniagaan mikro dan kecil.
Bagi program Reading Seeds pula telah hadiri oleh ibu bapa dari Kg Taee malahan juga dari kawasan lain.Program Reading Seeds merupakan modul Ibu Bapa Sebagai Rakan Membaca Reading Seeds. Ianya sangat bagus kerana menggalakan literasi pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak disamping untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan dia antara ibu bapa dan anak-anak melalui aktiviti-aktiviti pembacaan bersama anak-anak. Ia adalah sebagai dorongan kepada ibu bapa untuk memupuk budaya dan minat membaca bermula dari peringkat awal.
PEDi Kg Taee mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUSTAKA Negeri Sarawak atas kerjasama bagi menjayakan program yang sangat bermanfaat kepada usahawan dan komunti. PEDi Kg Taee juga mengucapkan syabas kepada ibu bapa kerana berjaya meluangkan sedikit masa untuk mendengar sedikit taklimat daripada PUSTAKA Negeri Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: