Siaran Langsung Temubual Pendidikan Asas Pertolongan Cemas Bersama APM Serian
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniMalaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM sehingga kini.
PEDi Kg Taee bebesar hati kerana APM Serian bersetuju untuk bersama-sama bersiaran langsung di untuk mengetengahkan Pendidikan Asas Pertolongan Cemas. Sebelum memulakan perbincangan tajuk utama, selaku wakil APM Serian iaitu Leftenan (PA) Mackinly Jores atau lebih dikenanli sebagai Tuan Mac telah memperkenalkan diri serta bercerita sedikit sebanyak latar belakang beliau semasa dalam anggota APM.
Tuan Mac juga menceritakan sedikit sebanyak peranan utama APM di Malaysia. Antaranya ialah:
a. Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
b. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
c. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.
Selain peranan, Tuan Mac membincangkan fungsi utama APM untuk rakyat Malaysia. Berikut merupakan fungsi APM. Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia:
i. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
ii. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
iii. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
iv. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
v. Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
vi. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
vii. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
viii. Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
ix. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
PEDi Taee berharap perkongsian yang menarik daripada APM Serian boleh memberi sedikit sebanyak info serta pengetahuan kepada semua. Jika ada sebarang maklumat tambahan boleh menghubungi PEDi Kg Taee di talian 019-45328 (Miss Ram) atau 014-8775767 ( Ikaa Azrul). APM Daerah Serian boleh dihubungi melalui Ibu Pejabat APM Daerah Serian Pejabat Daerah Pertahanan Awam Serian Jabatan Perdana Menteri,No. 2 Lot 737 Bukar sadong Land District, Taman Danu 94700 Serian,Sarawak atau ditalian 082- 876999.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: