Siaran Langsung Cara Untuk Memohon Geran Go Digital Sarawak
20 April 2022 | Aktiviti TerkiniPerniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Sarawak yang masih belum beralih kepada pendigitalan dialu-alukan memohon Go Digital Sarawak iaitu geran khas pendigitalan khusus kepada perniagaan PKS. Go Digital Sarawak merupakan inisiatif yang telah diumumkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan melalui Bantuan Khas Sarawakku Sarawak (BKSS) 5.0.
Menerusi geran ini, usahawan PKS Sarawak boleh memohon perkakasan bagi pendigitalan seperti komputer riba, kamera, tablet, dron dan lain-lain untuk perniagaan mereka. Tujuan geran ini diwujudkan adalah untuk memperkasakan PKS dalam mendigitalkan perniagaan mereka selain membantu memulihkan perniagaan mereka daripada pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan perniagaan mereka.
GoDigital Sarawak menyokong perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSMEs) melalui program geran teknologi unik pemberian perkakasan dan peranti bagi mempercepatkan perjalanan digital perniagaan mereka.Proses transformasi digital sebenar bukan sekadar aktiviti pembelian dan penggunaan alat atau perisian baharu.
Sebaliknya, ia juga memerlukan komitmen dan usaha berterusan daripada seluruh organisasi perniagaan anda untuk menilai, mencabar dan menyelaraskan semula proses perniagaan. Perniagaan yang berjaya tahu laluan dan halaju yang sesuai untuk perniagaan, klien dan pembekal mereka. Mohon geran peranti digital bernilai sehingga RM10 000 sekarang: https://bit.ly/godigitalswk22
Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan bermula 4 April sehingga 4 Mei 2022 secara atas talian. Selain itu, PEDi Kg Taee akan membuka peluang untuk usahawan berkunjung ke PEDi Kg Taee untuk bersemuka secara langsung dengan Miss Ram dan IkaAzrul untuk membantu membuat pendaftaran geran.
Ini merupakan beberapa dokumen yang diperlukan semasa memohon geran ini:
1. Lesen Perniagaan (Asal)
2. Ekstrak Nama Perniagaan (Asal)
3. Borang 9 (Jika ada)
Pastikan anda dalam keadaan sihat dan digalak melakukan ujian RTK sebelum PEDi Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: