Kelas Canva: Belajar Membuat E-Kad
19 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Kg Taee telah membuat satu kelas Canva bersama-sama pelajar tahap 1&2. Mereka telah diajar cara menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan e-kad. E-kad merupakan kad digital yang sangat mudah dihasilkan. Pelajar juga berjaya menghasilkan ayat untuk ucapan krismas. Mereka juga menggunakan template yang dsediakan dengan kretif.
Melalui kelas seperti ini, dapat membantu pelajar berfikir secara kretif dan berinovasi. Pelaajr juga seronok kerana dapat menghasilkan e-kad sendiri. Mereka berpendapat melalui e-kad, mereka dapat menghasilkan pelabagai jenis kad digital. Semoga apa yang dipelajari memberi manfaat yang baik kepada pelajar.
PEDi Kg Taee mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar kerana sudi memberi kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan. Teruslah menyokong PEDi Kg Taee dan selamat maju jaya kepada adik-adik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: