Siaran Langsung Maxis EKelas-Usahawan Wanita
13 April 2022 | Aktiviti TerkiniBermula dari bawah merupakan titik permulaan bagi usahawan wanita Malaysia yang berjaya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kuasa wanita pada hari ini memang tak dapat disangkal lagi. Buktinya, ramai daripada golongan wanita menjadi usahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang. Bukan senang untuk menjadi senang, kesemuanya perlukan usaha, keberanian menghadapi risiko dan kebijaksanaan merancang strategi. Berikut adalah usahawan wanita Malaysia yang berjaya dan menjadi inspirasi wanita lain.
Digitalisasi telah menjadi suatu kepentingan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika kita menuju ke dunia yang lebih digital. Maxis telah melancarkan eKelas Usahawan, sebuah program pemasaran digital berstruktur untuk memperkasa usahawan wanita dari masyarakat luar bandar untuk memperluaskan penggunaan digital mereka.
BERITA BAIK UNTUK PARA USAHAWAN WANITA, BAKAL USAHAWAN ATAU BARU NAK BERJINAK-JINAK BERNIAGA!
- Memperkasakan Usahawan Wanita Malaysia Dengan Pemasaran Digital
- Program eKelas Usahawan Maxis adalah program pemasaran digital berstruktur dengan pendekatan praktikal dan panduan untuk melengkapkan usahawan dengan kemahiran dan teknik digital untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing dan peluang pendapatan mereka.
- Manfaat Pembelajaran Melalui Webinar eKelas Usahawan.
Dalam masa 2 jam sahaja, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik asas untuk pemasaran digital daripada jurulatih, secara langsung, mengikut keselesaan kediaman anda sendiri, mengenai topik-topik berikut:
- Strategi Pemasaran Digital
- Fotografi & Penyuntingan Gambar
- Copywriting
- Perancangan Kempen & Iklan
PEDi Kg Taee sangat bebesar hati untuk membantu lebih ramai usahawan wanita di luar sana. Jika ada apa-apa pertanyaan atau persoalan anda dialu-alukan untuk menghubungi Miss Ram 019-4532848 atau Ika 014-8775767.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: