Program Go Paperless Di PEDI Kg Taee
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniBanyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami dalam penggunaan teknologi. Kesedaran, penerimaan dan kebolehcapaian mampu memberi cabaran besar kepada golongan setiap lapisan masyarakat untuk menyesuaikan diri mereka dengan evolusi teknologi. Di samping itu juga, wujud jurang digital dalam kalangan masyarakat. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.
PEDi Kg Taee menggunakan komputer untuk daftar masuk pengunjung ke PEDi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat kaunseling perniagaan, keusahawanan, kelas ICT, servis fotokopi dan percetakan, temuduga dalam talian, perbankan dalam talian, e-failing, melayari internet, membaca akhbar dan banyak lagi.
Setiap pelawat/pengguna yang berkunjung ke PEDi Kg Taee diwajibkan untuk mengisi borang yang telah disediakan di dalam pautan borang daftar. Ini untuk mempraktikkan penggunaan ICT daripada setiap lapisan masyarakat supaya tidak kekok menggunakannya.
Walaupun ada dalam kalangan golongan tua yang tidak mahir menggunakan komputer, jangan risau sebab semuanya akan diberikan tunjuk ajar oleh staff di PEDi Kg Taee. Sila patuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan semasa anda mengunjungi premis kami di PEDi Kg Taee. Untuk menjimatkan masa, pengunjung boleh melayari https://forms.gle/5AphqfiE9EG4kLdB9 untuk membuat pendaftaran dari rumah sebelum berkungjung ke PEDi Kg Taee.
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan/servis di PEDi Kg Taee, anda boleh melayari Facebook Page kami Pusat Ekonomi Digital Kg Taee atau hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk membuat temujanji anda.
Semoga bermanfaat.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: