Program Latihan Perisian Microsoft Word dan Microsoft Power Point Bersama PPKS Kuching untuk Belia di Kg Taee
30 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniBerlangsung dengan jayanya Program Latihan Perisian Microsoft Word dan Microsoft Power Point yang telah disertai oleh 25 orang daripada Persatuan Wanita Sarawak (PWS) Kg Taee dan 25 orang belia Kg Taee. Program ini telah dijalan pada sesi pagi dan sesi petang. Program ini juga telah dibantu oleh sukarelawan MIV 2022 Kg Taee.
Untuk sesi pagi, program ini dijalakan bersama PWS untuk perisian Microsoft Word. Para peserta telah diberikan modul surat rasmi dan menyiapkan poster menggunakan Microsoft Power Point. Program pada sesi pagi telah berakhir pada tengah hari dan para peserta telah diberikan sijil penyertaan.
Bagi peserta sesi petang yang telah dihadiri oleh belia Kg Taee, mereka juga telah diberikan modul yang sama untuk disiapkan. Pelajar PPKS dan sukarelewan MIV telah membantu peserta bagi menyiapkan modul. Rata-rata peserta yang hadir adalah belia yang masih bersekolah dan yang tidak mempunyai asas Microsoft Office.
Sesi petang juak berakhir dengan jayanya setelah mereka berjaya menyiapkan modul yang diberikan. Kesemua peserta telah diberikan sijil penyertaan. PEDi Kg Taee mengucapkan sekalung tahniah buat semua peserta kerana telah sudi menyertai program yang dianjurkan.
PEDi Kg Taee berharap agar apa yang dikongsikan dapat menjadi jambatan ilmu kepada semua peserta. Semoga para peserta dapat manfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin. Terima kasih juga kepada pelajar PPKS Kuching dan MIV Kg Taee yang turut bersama-sama menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: