Ujian Permata Pintar Peringkat Kebangsaan 2022
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Kg Taee sekali lagi menerima kehadiran daripada Sekolah Kebangsaan Plaman Nyabet Serian untuk murid-murid tahap dua menjawab Ujian Permata Pintar 2022. PEDi Kg Taee sangat bebesar hati kerana sudi mennggunakan kemudahan yang telah disediakan untuk memudahkan mereka menjawab ujian dengan selesa.
Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan Pencarian Murid Pintar dan Berbakat (UKM1) tahun 2022 sudah mula dijalankan sejak awal Februari lepas. Dalam kenyataan tersebut, ujian saringan UKM1 dibuka secara dalam talian dilaman sesawang http://ukm1.permatapintar.ukm.my/ bermula 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian tersebut hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa.
Kolej GENIUS@Pintar, UKM menggunakan kurikulum ‘compacting curriculum’ yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya. Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).
Kurikulum Kolej GENIUS@Pintar, UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar. Pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.
PEDi Kg Taee sangat mengalu-alukan kehadiran kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan kemudahan PEDi atau menyewa ‘training room’untuk dijadikan platform aktiviti yang ingin dijalankan. Sebarang pertanyaan atau tempahan untuk menggunakan kemudahan PEDi Kg Taee boleh mengubungi Miss Ram 019-4532848 atau Ikaa Azrul 014-8775767.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: