Perbincangan Mengenai Program Sambutan Hari Gawai 2022 Peringkat Kg Taee
17 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniDayak Gawai merupakan salah satu daripada perayaan utama yang disambut di Sarawak. Istilah ‘Dayak’ adalah istilah bersama merujuk kepada beberapa ratus kumpulan etnik sub pribumi Borneo. Hari Gawai yang jatuh pada 1 dan 2 Jun setiap tahun disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia merupakan majlis keagamaan dan sosial memandangkan perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai, dan ia merupakan perayaan yang di penuhi nyanyian serta tarian menandakan mereka akan memulakan musim pertanian baru.
Ia adalah salah satu dari perayaan utama yang di sambut kaum Dayak. Oleh itu, sebahagian besar daripada mereka yang bekerja di bandar akan kembali ke kampung mereka untuk merayakannya. Sebulan sebelum Hari Gawai, kebanyakan penduduk tempatan akan menyediakan tuak atau wain beras. Ramuan terkenal ini diperbuat daripada beras pulut yang dikumpul daripada tuaian terbaru dan dicampurkan dengan yis buatan sendiri serta dibiarkan untuk penapaian.
Satu lagi alkohol yang hampir sama tetapi agak kuat yang dibuat oleh penduduk tempatan dipanggil langkau. Ianya menyamai Vodka moden di mana tapai tuak akan melalui proses pemanasan dan pemeluwapan sebelum ia dikumpulkan di dalam bekas. Sambutan Gawai merupakan sambutan yang amat meriah. Ianya tidak lengkap jika tidak diiringi dengan nyanyian, tarian dan minuman. Kadangkala, orang Dayak Kristian akan pergi ke gereja untuk bergaul dan selepas itu akan berkumpul untuk sambutan makan malam.
Biro Publisiti dan penyelaras sambutan Gawai Kg. Taee (JKKK Taee) telah berkunjung ke PEDi untuk membincangkan strategi publisiti dan promosi berkenaan sambutan Hari Gawai tersebut.
Antara dapatan pertemuan ini ialah:
1. PEDi Kg Taee mereka bentuk poster digital dan banner program.
2. Promosi di media sosial dan sebagainya.
3. PEDi sebagai rakan media publisiti.
Semoga usahasama ini akan berterusan dan dapat dijayakan bersama kelak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: