Siaran Langsung Mengenali Komputer Dan Fungsinya
15 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKOMPUTER SERTA FUNGSI DAN KEGUNAANNYA.
Teknologi komputer sebenarnya berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa diperbaharui setiap hari oleh syarikat pengeluar komputer. Dari sebuah mesin yang besar dan berat, kini komputer semakin mengecil dan ringan. Jom mengenali teknologi komputer dan fungsinya bersama Miss Ram.
Dalam era moden dan serba canggih ini, manusia bergantung kepada komputer untuk melakukan sebarang pekerjaan. Tidak kira sama ada anda bekerja dalam bidang pengkomputeran atau pun tidak, sebarang pekerjaan masa kini wajib memerlukan komputer bagi menjimatkan masa serta dapat menyiapkan kerja dalam masa yang singkat.
Apa itu komputer?
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua mendefinisikan bahawa komputer ialah sebuah mesin yang boleh diatur cara atau diprogram oleh manusia untuk menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yang dikehendaki atau seperti yang diarahkan.
Secara umumnya, semua orang tahu bahawa komputer mempunyai beberapa komponen utama iaitu Memory, Processor, Input & Output (I/O), Command, Architecture, Program, dan Operating System (OS).Kesemua komponen tersebut perlu ada pada sesebuah komputer untuk berfungsi.
Sebagai kesimpulan, teknologi komputer sememangnya berkembang dengan amat pantas. Kita tidak tahu komputer jenis apakah yang akan digunakan pada masa akan datang. Pada masa kini, pelbagai kajian sentiasa dijalankan bagi mencipta komputer yang mampu memproses data dalam sekelip mata. Sebab itulah kita sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi mengetahui perkembangan teknologi lebih-lebih lagi pada zaman moden ini. Walaupun teknologi semakin canggih, namun sebagai pengguna, harus bijak menilai dan menggunakan teknologi untuk tujuan kebaikan dan memudahkan urusan seharian. Semoga dengan perkongsian jenis jenis komputer ini membuatkan anda lebih faham.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ram) untuk keterangan lanjut.
Semoga bermanfaat.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: