Advokasi Bersama Pusat Eekonomi Digital (PEDi) KG Taee
8 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Advokasi daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai penggunaan internet yang berhemah. Ikuti kupasan ringkas mengenai 3 topik yang akan diketengahkan dalam program ini bersama Miss Ram :
i. Ciri-ciri akaun palsu
ii. Tangani berita palsu
iii. Panduan ibubapa dan penjaga dalam melahirkan warga digital yang hebat.
Antara ciri-ciri berita palsu yang sering kita lihat adalah jarang muat naik status atau gambar sendiri. Hantaran yang dibuat hanya perkongsian gambar tanpa apa-apa teks atau teks mempunyai kesalahan ejaan atau tanda baca. Akaun palsu juga biasanya tiada sumber yang jelas, tidak logik, kerap diulang-ulang, sumber disamarkan dan rujukannya tidak tepat.
Hindari dari sebar berita palsu, padahnya ialah hukuman undang-undang. Jangan mudah terpedaya dengan e-mail, mesej dan maklumat yang diterima. Harus kita siasat dahulu latar belakang pengirim tersebut dan pastikan maklumat yang diperolehi adalah dari sumber yang sahih. Ingat ! Jika tidak pasti jangan kongsi. Semak di sebenarnya.my.
Oleh yang demikian, ibubapa juga memainkan peranan penting dalam melahirkan warga digital yang hebat. Pantau aktiviti anak-anak dengan mengambil tahu kenalan mereka di media sosial dan aktiviti mereka di dalam dan di luar talian. Didik anak-anak akhlak yang baik dan nilai-nilai murni sebelum mereka menggunakan internet.
Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Pengurus kami di talian 019-4532848 (Miss Ramlah) untuk keterangan lanjut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: